Loading...





Share

"Saya nak cabar mereka yang mengutuk kerajaan Umno agar jangan ambil duit durian runtuh ini. Bawa anak dan isteri keluar daripada tanah rancangan Felda kerana kita tidak perlukan mereka. Ramai lagi yang mahu masuk Felda," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Duit Durian Runtuh di hadapan kira kira 800 masyarakat Felda di Dewan Felda Sening, semalam.

Sila keluar Felda jika kutuk kerajaan

Sinar Harian

Azalina (tengah) ketika menyampaikan replika cek kepada wakil peneroka  

Azalina (tengah) ketika menyampaikan replika cek kepada wakil peneroka 
sempena Majlis Penyerahan Duit Durian Runtuh di Dewan Felda Sening, semalam.

KOTA TINGGI – Mereka yang mengutuk kerajaan dicabar untuk keluar daripada tanah rancangan Felda kerana mereka tidak diperlukan di dalam kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said berkata, ramai lagi masyarakat di luar yang mahu menjadi warga Felda menggantikan tempat mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

"Saya nak cabar mereka yang mengutuk kerajaan Umno agar jangan ambil duit durian runtuh ini. Bawa anak dan isteri keluar daripada tanah rancangan Felda kerana kita tidak perlukan mereka. Ramai lagi yang mahu masuk Felda," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Duit Durian Runtuh di hadapan kira kira 800 masyarakat Felda di Dewan Felda Sening, semalam.

Azalina turut menafikan durian runtuh dan juga durian gugur yang diumumkan Perdana Menteri buat masyarakat Felda itu adalah untuk memancing undi.

"Duit yang diberikan kerajaan ini bukan untuk pancing undi. Bukan duit rasuah seperti yang didakwa pihak tertentu, sebaliknya ia adalah duit jaminan daripada kerajaan bahawa peneroka Felda akan dapat keuntungan dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke bursa Malaysia.

"FGVH disenaraikan agar peneroka Felda dapat pembelaan di bawah satu payung untuk mengaut kekayaan. Di mana dengan penyenaraian FGVH ini bakal memberikan keuntungan yang besar buat masyarakat Felda sendiri," katanya.

Tambahnya, di bawah kepimpinan Perdana Menteri sekarang, penduduk Felda sepatutnya berasa beruntung kerana sentiasa diberikan keutamaan.

Pada majlis tersebut, Azalina turut menyempurnakan penyerahan replika cek durian runtuh kepada wakil peneroka daripada sepuluh Felda di bawah kawasan Parlimen Pengerang.

Sementara itu, salah seorang peneroka Felda Sening, Kasmon manan, 65, menganggap durian runtuh tersebut amat berbaloi dengan kesusahan yang dilalui satu masa dahulu.

"Jika pada tahun 1980 kami pernah menerima gaji sebanyak RM5 sahaja, kini Alhamdulillah semua peneroka Felda sudah mewah dan dapat hidup senang. Segala pengorbanan kami benar-benar berbaloi," katanya yang berhasrat untuk melabur wang yang diterima di Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Bagi Manijah Surip, 61, peneroka dari Felda Papan Timur pula berkata, penduduk Felda sekarang amat beruntung kerana hidup senang dan tidak perlu berjimat seperti dahulu.

"Dahulu kita bukan sahaja terpaksa berjimat makan, malah semua perkara perlu berjimat untuk meneruskan kehidupan. Kini masyarakat Felda sudah dapat mengecapi kehidupan yang mewah," kata ibu kepada lima anak itu.




Share

"Saya harap ini 'rumours' (khabar angin) sahaja dan kerajaan tidak akan tarik balik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku "Towards World War III Scenario", di Yayasan Al-Bukhary di sini, hari ini.

Pilihan raya: Dr M tak setuju batal pindaan

Bernama

Tun Dr Mahathir Mohamad 

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerajaan tidak menarik balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya kerana khuatir akan berlaku perkara-perkara di luar kawalan.

"Saya khuatir kalau kerajaan 'withdraw' (tarik balik), macam-macam akan berlaku... kita tak dapat buat apa-apa, pendek kata akan berlaku penipuan yang besar dan tidak ada satu yang boleh kita lakukan.

"Saya harap ini 'rumours' (khabar angin) sahaja dan kerajaan tidak akan tarik balik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku "Towards World War III Scenario", di Yayasan Al-Bukhary di sini, hari ini.

Dr Mahathir mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini bahawa kerajaan akan menarik balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya berikutan tentangan daripada anggota-anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Nazri berkata beliau akan mengemukakan usul untuk menarik balik cadangan pindaan ke atas Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 itu di Dewan Negara esok.

Dr Mahathir berkata cadangan untuk menarik balik rang undang-undang itu mungkin kerana kerajaan yakin dapat menangani kemungkinan yang bakal berlaku.

Namun, beliau berkata: "Tetapi kalau saya jadi perdana menteri, saya kurang yakin la... saya tak kuat".

Terdahulu, Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) melancarkan buku bertajuk 'Towards World War III Scenario : Dangers of Nuclear War' hasil tulisan Michel Chossudovsky sempena prosiding Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur.

Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah kemudian menghadiri sesi dialog dengan Chossudevsky, seorang profesor ekonomi dari University of Ottawa.

Chossudevsky dalam bukunya, antara lain menyatakan bahawa Amerika Syarikat dan sekutunya Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bersedia untuk melancarkan perang nuklear terhadap Iran dan Korea Utara, yang menurutnya mungkin menyebabkan perang dunia ketiga.

Beliau turut mendakwa bahawa pendapat saintifik diguna untuk memanipulasi pandangan masyarakat antarabangsa bagi menghalalkan 'perang kemanusiaan' menggunakan taktik senjata nuklear, atas nama keamanan dunia, dan pada masa sama mengesahkannya sebagai satu cara untuk melindungi dunia barat daripada serangan nuklear. - Bernama




Share

Yes! Debat PTPTN diteruskan

Sinar Harian


Debat PTPTN ditunda. 

SHAH ALAM - Debat PTPTN antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, akan tetap diadakan bulan ini.

Penasihat Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, pada dasarnya kedua-dua mereka bersetuju meneruskan debat anjuran Sinar Harian itu.

"Sinar Harian sebagai penganjur, sedang mengatur format, masa dan tempat. Kami juga sedang cuba menyiarkan debat itu secara langsung di televisyen.

"Insya-ALLAH, dengan adanya siaran langsung, kita berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengikuti debat yang bersejarah ini," katanya.

Kelmarin, Sinar Harian dihujani panggilan telefon dan pertanyaan melalui e-mel selepas mengumumkan penangguhan Debat PTPTN antara dua pemimpin muda daripada Umno dan PKR itu.

Sinar Harian, sebagai penerbit akhbar harian popular yang sebelum ini menganjurkan 13 siri Wacana Sinar, memutuskan untuk menangguhkan debat ini memandangkan suasana dan masa yang belum begitu sesuai.





Share

Ambiga: Bentuk panel bebas, kami jawab semua isu

Sinar Harian

Ambiga: Bersih 3.0 berjaya, desakan didengar 


SHAH ALAM - Sambil mempertahankan pendiriannya bahawa insiden ganas yang tercetus pada Sabtu lalu bukan disebabkan oleh Bersih 2.0, Pengerusi Bersamanya Datuk S. Ambiga berkata, pihaknya bersedia menjawab segala persoalan kepada sebuah panel bebas yang wajar dibentuk.

Bersih 2.0 mahu Suhakam diberi tanggungkawab mengetuai panel bebas itu.

"Jika Bersih 2.0 perlu menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan (dan kami bersedia untuk melakukannya di hadapan sebuah inkuiri bebas), kerajaan juga perlu memberi lebih banyak jawapan," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sehubungan itu, Ambiga berkata, pihaknya tidak pernah melanggar janji-janji yang diberikan sebelum mengadakan perhimpunan di ibu negara Sabtu lalu.

"Jadi, bagi menjawab kenyataan Perdana Menteri bahawa Bersih 2.0 telah memungkiri janji, saya kata tidak, Tuan Perdana Menteri kami tidak melanggar janji kami.

"Sebaliknya pada hari itu, anggota polis yang diletakkan tanggungjawab untuk memberi perlindungan kepada kami, telah bertindak sebaliknya dan mengkhianati kepercayaan kesemua rakyat Malaysia yang mencintai keamanan," kata beliau.

Kata Ambiga, beliau juga menghargai peranan dimainkan oleh Unit Amal Pas dan ejen-ejen keselamatan yang lain dalam mengawal keadaan hadirin pada perhimpunan Sabtu lalu.

"Lebih-lebih lagi tahap disiplin yang diperlihatkan oleh rakyat sepanjang perhimpunan.

"Saya juga mahu mengatakan ada ramai anggota polis yang mengambil pendirian mengelak daripada melakukan tindakan keras dan menghormati (hadirin). Tetapi terdapat mereka (anggota polis) yang menerima memo daripada pihak atasan," katanya lagi sambil menambah, ada situasi di mana mereka menghasut orang ramai agar bertindak ganas.

"Apa pun, yang pasti kebenaran akan muncul. Tidak kisah apa media arus perdana memilih untuk memberi gambaran, bukti-bukti akan muncul.

"Dan, Suhakam harus mengadakan inkuiri bebas dengan segera berhubung tindakan keterlaluan yang teramat tinggi ini, yang dilakukan oleh pihak berkuasa atasan ke atas rakyat Malaysia," katanya lagi sambil menambah, "kami juga ada soalan-soalan untuk ditanya."

Antaranya persoalan yang hendak ditanya ialah siapa yang memberi arahan untuk bertindak kasar dan siapa pegawai-pegawai yang mengenakan kemeja-T dan berada dalam himpunan peserta perhimpunan.

Dalam kenyataan berasingan, Naib Presiden PKR, N, Surendran mendakwa pada Jumaat lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengarahkan kesemua ketua editor akhbar-akhbar utama untuk datang bertemu beliau.

"Kami juga diberitahu bahawa semasa pertemuan tersebut, ketua-ketua editor diberi arahan tentang bagaimana melapor keadaan semasa perhimpunan Bersih 3.0 dan mereka juga diminta supaya tidak melaporkan kekejaman pihak polis.

"Pihak polis dengan jelas telah mengikut telunjuk Kementerian Dalam Negeri apabila pihak media yang sedang merakam aksi salah guna kuasa polis terhadap orang awam juga dikasari," katanya.

Surendran juga mendakwa maklumat mereka menunjukkan tiada sebarang kenyataan dibuat sehingga Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memberi reaksi tentang keganasan tersebut.

"Jawapan Hishammuddin bahawa rampasan barang-barang wartawan adalah prosedur biasa pihak polis agak mengejutkan. Ini juga serangan yang serius oleh BN terhadap kebebasan akhbar. Di bawah sistem demokrasi kita, Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai sebarang hak terhadap media tentang apa yang mereka boleh atau tidak boleh melaporkan," katanya.

Surendran juga berkata, dalih Najib dengan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 untuk membenarkan kebebasan akhbar ternyata satu kepalsuan.

"Kami menyeru Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin mendedahkan dalam masa 24 jam butir-butir lengkap arahan yang diberikan kepada media semasa mesyuarat itu.

"Kami seterusnya meminta Najib dan Hishammuddin menerangkan dan menjawab dakwaan layanan kejam dan salah guna kuasa polis terhadap media dan orang ramai pada 28 April lalu," kata beliau yang juga seorang peguam.




Share


Bersih 3.0: FB pemimpin Umno cetus kontroversi

Sinar Harian

Perhimpunan Bersih 3.0 yang dijamin akan diadakan dengan aman berakhir dengan ganas. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Sementara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR)  sedang terlibat dalam 'perang tuding-menuding' berkenaan Bersih 3.0, beberapa pihak dari Umno sendiri mempersoalkan tindakan bekas Setiausaha Umno Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin 'mendedahkan' kononnya anggota polis 'menyamar' sebagai peserta  perhimpunanm yang berakhir insiden ganas, kelmarin.

Maklumat diperoleh dari laman sosial Facebook menunjkkan Zaharin menulis yang beliau mengenali anggota polis yang terlibat sebagai peserta dengan memakai kemeja-T berwarna kuning.

Tulisan beliau mencetuskan rasa tidak senang di kalangan sebahagian ahli Umno dan pemblog pro-Umno, yang mengecam tindakannya sebagai tidak berpatutan dan tidak wajar.

Kata mereka, tindakan Zaharin mensabotaj parti dan mahu tindakan diambil.

Dalam tulisan reaksi balas tengah malam tadi, sejurus selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Zaharin mendakwa mereka yang mengkritik beliau telah "makan umpan saya" dan "cukup kuat melatah."

"Suka juga saya baca komen dalam FB tulisan dalam 'wall' saya fasal saya katakan ada polis berpakai kemeja-T Bersih dalam kumpulan gerombolan demonstran.

"Umpan saya dimakan. tiba-tiba saya jadi glamour... dan ini memberikan gambaran cara fikir kita belum lagi sampai ke tahap cukup matang... dan yang peliknya unit media baru Umno pun ikut sama bodoh. kesimpulannya orang di Malaysia ni tak kira Melayu, Cina dan India.. cukup kuat melatah," kata Setiausaha BN Bandar Tun Razak.

Maklumat diperoleh Sinar Harian Online menunjukkan Zaharin digugurkan sebagai Setiausaha Umno Bahagian tahun lalu.

Dalam tulisan pertama Sabtu lalu, Zaharin berkata, "polis dah lebih cerdik dari dulu... dia bahagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju Bersih, tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi."

"Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.

"Dan, saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama... saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini," kata beliau.

Seorang pengunjung menjawab tulisan asal itu dengan berkata, "ramai itu."

Zaharin terus menulis, "Jika berapa pun dia kata... kena tolak tak kurang dua ribu adalah polis dalam kumpulan Bersih."

"Yang menafikan mereka pun puak pakai kemeja-T Bersih untuk rempuh sekatan polis, yang baling objek pun saya rasa polis, macam mereka buat latihan demonstrasi kat polis depoh. Hehehe, puak-puak Pas bodoh ini iut nyer," tambah Zaharin.

Tulisan itu mendapat teguran seorang lagi pengunjung pada hari berkenaan, antara lain menyebut, "Saudaraku Zaharin, ini rahsia negara, jangan lah 'posting direct', kasihan nanti, kena belasah."

"Rahsia... rahsia tuu, kenyit-kenyit mata udah ler... takyah cakap kat sini, ternyata mereka tu sume ikut-ikut je, b..d..h," kata pengunjung laman Zaharin, yang bernama Nora Nordin.

Tindakan Zaharin itu dikecam hebat oleh pemblog-pemblog pro-Umno menerusi Twitter.

"#BERSIH3 - Zaharin May Yasin - ini bajingan yang mahu meranapkan Umno/BN!!," kata Twitter atas akaun @untimediabaru yang dipautkan dengan blog 1peluru.blogspot.com

Blog itu antara lain menulis:

"Tiada bukti sahih tentang apa yang bajingan ini perkatakan di laman Facebooknya, tapi inilah 'senjata' paling ampuh yang digunakan oleh beruk-beruk BerSHIT untuk 'mempertahankan diri' selepas kekacauan teruk yang mereka lakukan dalam demonstrasi semalam memandangkan statement bodoh ini dikeluarkan oleh salah seorang pimpinan Umno (Bahagian Bandar Tun Razak)...'

Blog itu turut membawa foto menunjukkan Zaharin memakai topi Bersih berwarna kuning dan kad kecil berkenaan protes Duduk Bantah.

Rasa marah ke atas Zaharin juga dilahirkan oleh pemegang akaun @riorashid yang menulis kepimpinan parti harus mengambil tindakan ke atas beliau.

Dia menulis "hapuskan parasit ini DS @NajibRazak."

Zaharin juga menulis bahawa bahawa lelaki yang memijak anggota polis itu kebetulan memakai gelang getah kuning tetapi dia bukan polis.

"Puak Bersih pergi spin akhirnya tipah tertipu... saya berjaya," katanya.

Ekoran kritikan terus-menerus, Zaharin menambah, "sebahagiannya akan saya jadikan tesis politik saya... dalam perang saraf strategi."

Malam tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno berkata, pihak polis akan mendedahkan rakaman video mengenai perhimpunan Bersih 3.0 untuk penilaian rakyat.

Mengulas perkara itu, Zaharin berkata, MT Umno mengambil keputusan meminta pihak polis manayangkan gambar video dan foto perusuh yang membuat onar masa demontrasi antkerajaan oleh Bersih.

"Masa itu boleh tahu. Adakah terdapat polis yang menyamar dalam kumpulan demonstrasi itu yang melakukan provokasi dan memulakan... setiap seorang akan dicari. Jika puak-puak Bersih ada maklumat, ada polis menyamar di lokasi berlaku rusuhkan sila buat aduan di mana-mana balai polis," katanya lagi.

Kontroversi ini muncul ketika penganjur Bersih 3.0 dan pemimpin-pemimpin PR khususnya Pas menafikan pihaknya menjadi punca insiden ganas di ibu negara kelmarin.

Ketegasan itu dibuat oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di ibu negara semasa dan Naib Presidennya, Salahuddin Ayub di Ipoh semalam.

Salahuddin mempelawa kerajaan membentuk sebuah suruhanjaya bagi menyiasat perkara itu.

Pengerusi Bersama Bersih 3.0. Datuk S. Ambiga mahu Suhakam menyiasat perkembangan semalam bagi mengetahui siapa yang menjadi punca kepada insiden ganas.




Share

Setelah BERSIH 3.0, orang ramai kini berkongsi cerita ketika penyertaan mereka dalam BERSIH 3.0  di alam Twitter.


Klik link bawah untuk melihat dan merasa cerita-cerita mereka:

Atau search melalui tag " #BERSIHSTORIES "




Bagaimana untuk mengundi?

Apakah hak anda sebagai pengundi?

Semuanya hanya di

 

http://vote4malaysia.blogspot.com/

 

!!! Tolong Sebarkan !!!

Untuk Pengetahuan Orang Ramai

 

 

 

Sila "LIKE" facebook Gomalaysian untuk maklumat dan berita terkini

http://www.facebook.com/pages/GoMalaysian/106468262708454




Share

Perhimpunan Bersih 3.0 turut diadakan  serentak dibeberapa buah lokasi selain Kuala Lumpur, semalam.

Bersih 3.0 serentak di beberapa negara

Sinar Harian

Bersih 3.0 

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Bersih 3.0 turut diadakan  serentak dibeberapa buah lokasi selain Kuala Lumpur, semalam.

Berucap ketika "Duduk Bantah" dikawasan Jalan Tun Perak,  Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, Bersih turut diadakan di Dubai, London, Bangkok dan Sydney di Australia.

Manakala di Amerika Syarikat akan dilancarkan hari ini.

" Di Madinah, Bersih sudah dilancarkan kelmarin," katanya dihadapan peserta perhimpunan Bersih 3.0, semalam. 

Menurut Mohamad, pelancaran itu menunjukkan sokongan rakyat  yang menuntut pilihan raya adil dan bersih.




Share

Keaadaan di Jalan Sultan amat menakjubkan!






Bagaimana untuk mengundi?

Apakah hak anda sebagai pengundi?

Semuanya hanya di

 

http://vote4malaysia.blogspot.com/

 

!!! Tolong Sebarkan !!!

Untuk Pengetahuan Orang Ramai

 

 

 

Sila "LIKE" facebook Gomalaysian untuk maklumat dan berita terkini

http://www.facebook.com/pages/GoMalaysian/106468262708454




Share

Datuk Ambiga Sreenevasan Kelihatan di Stesen Keretapi KTM


pic.twitter.com/TPh7tO71



Bagaimana untuk mengundi?

Apakah hak anda sebagai pengundi?

Semuanya hanya di

 

http://vote4malaysia.blogspot.com/

 

!!! Tolong Sebarkan !!!

Untuk Pengetahuan Orang Ramai

 

 

 

Sila "LIKE" facebook Gomalaysian untuk maklumat dan berita terkini

http://www.facebook.com/pages/GoMalaysian/106468262708454




Share

Video Video Bersih 3.0 boleh didapati di http://www.youtube.com/user/bersih428



Bagaimana untuk mengundi?

Apakah hak anda sebagai pengundi?

Semuanya hanya di

 

http://vote4malaysia.blogspot.com/

 

!!! Tolong Sebarkan !!!

Untuk Pengetahuan Orang Ramai

 

 

 

Sila "LIKE" facebook Gomalaysian untuk maklumat dan berita terkini

http://www.facebook.com/pages/GoMalaysian/106468262708454

 

Recent Posts